18 December 2011

Satu Rahsia ^_^

Salam..hahaha....
Pujah ader jmpe satu artikel nie kat blog seseorng....
Die ajar camne cara nk pikat laki-laki mngikut tarikh lahir diorng.....
Take a look ^_^
Just 4Fun....


- 1hb -
Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran.
Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas
untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya.
Kira sesuailah tu!

- 2hb -
Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula ..

- 3hb -
Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu
berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.

- 4hb -
Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bvercadang untuk melakukan sesuatu perkar, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

- 5hb -
Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai
seseorang,
sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia
terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda
kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!

- 6hb -
Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

- 7hb -
Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak
sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia
mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia 'makan' nasihat

- 8hb -
Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk mmancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!

- 9hb -
Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe...

- 10hb -
Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang
murung

- 11hb -
Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!

- 12hb -
Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...

- 13hb -
Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain

- 14hb -
Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu
berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.

- 15hb -
Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.
Terima Kasih Kerana Sudi Baca

No comments:

Post a Comment