07 January 2014

Puding Triffle - Projek Cik Pujah & Cik Sal (LOL) ^_^


Assalamualaikum

Alhamdulillah, dapat gak Pujah update untuk entry seterusnya. Kali nie Pujah nak update pasal projek Pujah ngan member office kat JPP. Actually, office ader wat majlis untuk meraikan pegawai dan staf-staf yang menyambut hari kelahirannya pada bulan Jun hingga Disember lepas. Before the date, diorang ader ckp suh bawak "pot luck" dr umah, so kami pon sok sek sok sek bercadang untuk membuat PUDING TRIFFLE sbgai pencuci mulut. Hahahaha pencuci mulut sangat OK!!

Lagipun, benda alah nie senang jer dan bukannya mahal sangat modal yg nak dikeluarkan tu. Tapi cecah jugaklah RM100++ nyer tu tetapi sesuai lah dengan jumlah angka hasilnya. Akhirnya, kitaorang dapat buat 40 biji bekas tupperware putih yg transparent tu haa!!. And then, kat sini Pujah saja nak kongsikan resepi yg tersangat la mudah and of course dah berlambak kat internet tue.


BAHAN-BAHAN (UNTUK 40 BEKAS).


  • Swiss Roll Cake (5-6 Gulung Besar - if nak ketebalan lapisan bawah cantik)
  • Fruit Cocktail (3-4 Tin - Buah banyak lagi sedap coz x muak)
  • Susu Cair (5-6 Tin - If nak ketebalan custard tu tebal *nipis sangat pun tak cantik)
  • Tepung custard (4 sudu untuk 1 masakan @ 1 tin susu cair)
  • Gula (Ikut kesesuaian rasa yang korang suka)
  • Kristal Jeli ( 12 kotak brand NONA)

LANGKAH 1:


Seperti digambar, korang potong swiss roll cake ikot ketebalan yang korang suka, pastu korang susun elok-elok dalam bekas dan lenyek-lenyekkan supaya tiada langsung ruang kosong diantara mereka. Renjis-renjis dipilis dengan air buah koktail tu untuk bagi kek tu agak2x lembab cikit tapi jgn banyak sangat nanti basah pulak kek korang tu.

Kalau rasa nak mengada, letak lah buah di atasnya. Tapi xpayahlah, nanti xcantik kalau custard nipis. Kalau lapisan custard tebal xpe nak wat perangai camtu. Ok Proceed!


LANGKAH 2:


Now, kita ketepikan semua bekas yang telh disusun kek tu tadi ketepi. Sekarang kita buat untuk lapisan seterusnya iaitu lapisan custard. Pi cari periuk bersih, masukkan 4 sudu tepung custard + 1 tin susu cair + 1 tin air + gula ikot kemanisan yang korang mahukan. Gaul dulu bagi ketul-ketul tepung hancur dan lunyai. Bila rasa dan smooth jer pi letak periuk atas api yang sederhana dan kacau la sehingga munculnya letupan-letupan manja di permukaannya (means dah pekat la custard tu). 



Dengan larian yang kelihatan pantas, berlari lah korang menuju ke bekas-bekas yang telah sedia menanti. Dengan pantas cedokkan atau dengan bahasa ringkas tuangkan custard ke dalam bekas mengikut ketebalan yang dikehendaki. Pastikan pantas kerana dikhuatiri adunan menjadi keras di dalam periuk anda yang cantik tu. Selepas itu, biarkan mereka sejuk dan mengeras. 


LANGKAH 3:


Selepas custard kelihatan anjal dan mengeras, taburkan buah-buahan di atas lapisan custard. Ikot suka korang la nak banyak mana buah tu. Yang nie saje bagi banjir cikit buah tu, almaklumlah nak bagi orang makan mesti kene ikhlas, hahahaha (sedangkan terbeli banyak). Tapi sebenarnya, lagi banyak buah lagi sedap, sebab xrasa bosan makan puding nie nanti. OK!!!


LANGKAH 4:


Ok, sekarang kerja sudah semakin mudah. Right now, pi ambik kristal jeli yang berkotak-kotak tu pulak. Waktu tu kitaorang beli 2 perisa jer iaitu strawberry dan rassperberry. Ikot saje langkah mudah yang sedia ada tertulis di belakang kotak untuk membuatnya. Agak-agak serbuk jeli tu dah larut, JOM!!!



Kita teruskan dengan langkah terakhir. Tuangkan saja kristal jeli tu kedalam bekas. Dan sama juga seperti custard tadi, kita kena pantas sedikit supaya ianya x mengeras. So, hasilnya nampaklah 3 lapisan yg berwarna-warni gitu.



Langkah wat puding dah habis, tapi langkah projek kami masih lagi lom siap. Sekarang masanya untuk meletakkan sticker diatas cover. Hohohohoh. 2 anak dara yg comel sedang berdancing. Hihihi. Doodle tu Pujah rembat kat satu blog nie, tapi Pujah xingat (^_^). Mintak halal yer encik abang oi!.



So, secara rasminya, inilah rupa bentuk projek akhir kami. Amboi dah macam finale year project lak. 
Kesimpulannya, kami berpuas hati. Thaankz 

^__________^
Big Smile From Me




Terima Kasih Kerana Sudi Baca