16 August 2013

Cite Sebelum Raya

~~Selamat Hari Raya...Hari untuk kita bersuka ria~~

Assalammualaikum



Hari nie, 15 Ogos 2013 yang bermaksud sudah 8 hari kita sebagai umat islam menyambut Hari Raya. Nak diceritakan tahun nie, pujah agak kurang ber 'huha huha' sangat, sebabnye tahun nie first time pujah beraya sebagai seorang PEKERJA. So, harap maklumlah cuti confirm xleh macam waktu student dulu. Kalau time student dulu, part tiba ari raya jer, mesti kene dekat cuti semester, so nikmat kat situ lebih cikit lah. Cuti pon xlama, hari raya ke-5 pujah dah kene balik Putrajaya. Tapi dapat la gak seminggu beraya (5 Aug - 12 Aug).

Tahun nie agak rasa kepenatannyer, coz umah kat Felda tue, ader wat pertambahan cedikit, balik-balik raya ritu sampai umah 4pagi terus sahur, kol 8pagi dah kene sentuh berus cat. Almaklumlah uma baru kan, mesti nak kene cat. Haus la sngat masa tu dengan mata mnggantuk nauzubillah, tapi kuredhakan gak demi membantu abang, adik serta kakakku (sembang kasi bimbang jer).

Kalau cite bab kuih lak, tahun nie memang xtersenarai langsunglah dalam kamus keluarga En.Daud nak membuatnya. Kalau ckp beli pon xbnyak coz beli pon sekadar nak wat cantik meja tok ari raya seminggu jer. Ktorng skluarga mmg xsentuh biskut2x raya nie. Kalau kerepek!! Yer!! ....bagi sebalang confirm bersih.

Satu hari sebelum raya pulak, macam biasa rutin setiap tahun bila tiba Syawal menjelma, semestinya aktiviti menganyam ketupat. Kalau anyam ketupat sampai 80biji seorang diri tu dah menjadi perkara biasa pada pujah. Semua ahli keluarga pujah (except yang kecik-kecik la yei) pandai anyam ketupat, tapi disebabkan sifat M tu, pujahlah yang menjadi mangsa. Tapi hari itu, adik pujah yang boy tu rajin pulak membantu kakak dia yang sorang ni. Abah pulak tolong masukkan beras dalam sarung. Tahun ni buat pun tak berapa banyak sangat, cuma 50-60 biji jer. 


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
Setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa
 tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia
telah ditetapkan pada hari Khamis
08 Ogos tahun 2013.

Ha!!!! tu die, pengumuman raya dah disiarkan, so kaum-kaum ibu mulalah sibuk menyiapkan juadah hari raya pada tang malam tu gak. Juadah hari raya bagi keluarga pujah macam biasalah mesti ader rendang daging, ayam masak merah, sambal kacang, kuah lodeh, ketupat dan lemang. Tapi malam kejadian pujah tak amik tender duduk kat dapur, coz pujah sibuk pasang langsir kat umah baru (hihihi). Malam tu yang jadi chef, my mum lah & pembantu chef pada tahun nie adalah En.Daud. My sis pon xdapat membantu sebab malam tu die jadi tailor lak. 
_________________________________________________________________________________

~ Sudah tiba hari raya, semua insan bergembira~~

Pagi raya menjelma, pukul 8pagi semua guys sibuk menyiapkan diri nak pi masjid. Janjinya tahun nie nak sedondon warna purple, tapi last-last abang dan adik jer yang sedondon, yang lain belasah baju lama. Hohoho, tahun nie tukang jahit (my mum) tak sempat nak buat baju raya sendiri, tempahan banyak and my mum pon dah tak terlarat nak menjahit time bulan pose ritu. It's okay, tak semestinya tak ada baju raya baru tak leh beraya kan.

Lepas sembahyang, kami warga Blok 6A Felda Nitar 01, terus buat aktivit kunjung-mengunjung yang disertai dengan marhaban dari rumah ke rumah. Jadi pagi tu xdapatlah kami bergambar, so photographer cakap postpone petang nanti. 

[Gambar marhaban kaum lelaki - See my dad ngah bagi speech - at umah baru i ^__^]


[Yang nie lak, kaum wanita berjalan-jalan umah ke umah]


To Be Cont..... 


Terima Kasih Kerana Sudi Baca

No comments:

Post a Comment